Berkumpul di kedai baru
Khalid.
Mozabas dengan
blue printnya.
Rasanya
sayalah yang paling lewat postkan gambar outing ni heheh.
Rancangan asal dari Khalid ini berjaya kami realisasikan pada
hari tersebut. Sengaja tidak dihebahkan kerana modelnya sepasang
saja.
Terima
Kasih.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 3 March 2010
::
Majlis Pertunangan Nafsiah & Zulhelmi
(Tanjung Minyak, Melaka)
Dah
lama saya simpan gambar majlis pertunangan Nafsiah dan Zulhelmi
ni. Lambat sangat nak tunggu green light si Nafsiah...
Terima
Kasih
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 24 January 2010
::
Haidar dan Hairuz (Durian Tunggal, Melaka)
Alhamdulillah...
doa semalam dimakbulkan. Dalam kesibukan menyiapkan album-album,
sebelum stop untuk tidur pagi ni saya berjaya menyiapkan slideshow
sekaligus update untuk Majlis Perkahwinan antara Haidar dan Hairuz.
Boleh blackout pulak kawasan ni tadi, habis lari program. Dah
lewat sangat ni... Memang tak sempat nak balik ke Muar... memang
dah tak larat dah. Nampaknya malam ni tidur sorang-sorang kat
Melaka tak dapat nak tgk Athirah kat sebelah. Tak dapat nak cium
bau kepalanya yang lemak-lemak masam tu... rindunya.... Baru tadi
emaknya call kata si kecik tu dah bangun ajak berkawan.
Sedikit
tentang majlis Haidar dan Hairuz, majlis mereka berlangsung di
kediaman keluarga Haidar yang terletak di atas bukit yang pemandangannya
sungguh indah sekali. Dari atas bukit tersebut kita dapat lihat
pemandangan sawah padi betul-betul macam dalam lukisan yang saya
pernah lukis bila cikgu seni berikan tajuk pemandangan sawah bendang
dulu.
Perjalanan majlis berjalan seperti biasa cuma masalah hujan sedikit
menganggu kelancaran majlis. Sesi outdoor juga terpaksa dibatalkan
memandangkan keadaan hujan yang semakin lebat.
Majlis
kali ini saya dibantu oleh Syafik, 'newcomer' tapi menyengat jugak
budak ni... Harap-harap tak serik tag saya lagi hehehe...
Terima
Kasih.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 13 January 2010
::
Eida & Naza (Bukit Nangka, Alor Gajah)
Malam
ni ada kesempatan untuk update blog sebelum bergerak balik ke
Muar. Since workstation dan saya berpindah-randah macam orang
nomad, ia juga dah jadi macam rakan baik saya... dah macam kembar
pun heheh. Tapi bagus juga saya usung dia kesana-sini, coz macam
mana sekali pun album masih bolah disiapkan paling tidakpun satu
page sehari. Kesian pada client yang terpaksa menunggu. Semangat
tahun baru masih kuat lagi, 'Passion' nak menghasilkan gambar
yang cantik masih membara, idea pun alhamdulillah makin bertambah.
Ditambah lagi dengan semangat 'bapa' yang baru dipikul 13 hari
heheheh menjadikan ajinomoto untuk lebih kuat bekerja.
Memang
seronok sepanjang shoot untuk majlis Eida dan Naza. Bonusnya,
dapat pula kenalan videographer dari Singapore yang ramah dan
sangat profesional semasa menjalankan tugas... "mereka sangat
terurus". Saya teringat dengan beberapa pengalaman kawan-kawan
photog yang berdepan dengan masalah tidak mendapat kerjasama dari
videographer. Memang sukar bila berdepan dengan situasi sedemikian.
Persefahaman dan kerjasama antara videographer dan photographer
benar-benar menguntungkan kedua-dua pihak. Sebagai contoh, hasilnya
D90 yang senang-senang mampu boost iso tinggi, dengan bantuan
video light dari videographer, saya mampu menghasilkan banyak
gambar-gambar menarik dengan kesan cahaya 'astonishing' seakan-akan
'ambient light'.
Outdoor
session untuk pasangan ini turut disertai oleh rakan, adik dan
sepupu Eida. Mereka memang best... suasana dan sesi photography
itu sendiri amat menyeronokan. Berbanyak terima kasih kepada mereka.
Ianya
juga merupakan job terakhir Azrai bersama saya sebelum dia pergi
berhijrah ke Putrajaya. Untuk rekod, Azrai juga yang bertanggungjawab
membantu semasa Majlis Wafa dan Farah di Sg. Buloh dan sesi outdoor
mereka di A'Farmosa Resort. Dia yang bertanggungjawab memastikan
saya mendapat cahaya secukupnya dari reflektor, cls flash mahupun
video light. Memang susah nak dapatkan pembantu yang baik sekarang
ni.. dan dia memang pembantu terbaik yang pernah membantu saya.
Saya
harap Slideshow tersebut dapat mengubat rindu Eida sementara menunggu
album siap. Dan hopefully esok saya boleh updatekan pula untuk
majlis Haidar di Durian Tunggal. Ada beberapa part dalam slideshow
yang tak siap lagi... moga-moga dipermudahkan langkah hamba mu
ini...Amin...
Terima
Kasih.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 12 January 2010
::
Wafa & Farah Outdoor Session
Memang
lama tak dapat update photo blog ni. Maaf kalau ada yang kecewa
bila masuk blog ini dan ianya tak dikemas-kini. Nak duduk depan
komputer pun agak susah sejak dah ada baby ni. Tambahan lagi sekarang
ni terpaksa stay sementara di rumah mertua di Muar. Ini bermakna
terputus dengan internet juga buat sementara waktu. Workstation
pun kena berpindah-randah dari Melaka ke Muar hehehe...
Setahun yang lepas saya dengar saja pengalaman kawan-kawan yang
baru dapat baby. Bagaimana perit-getirnya nak edit gambar... dalam
masa yang sama nak bantu isteri jaga baby... jaga isteri pantang
lagi... nak update blog lagi... Pucuk
pangkalnya time management jugak. Terpaksa jadualkan semula aktiviti
buat sementara waktu ni. Kalau dulu start edit gambar dalam pukul
9-10 mlm... Sekarang ni pukul 8 mlm dah kena siap-siap on-kan
komputer. Lunch time kat opis sekarang ni tak payah keluar makan
coz time tu tidur rasanya lebih berbaloi... Selelap dalam masa
sejam tu besar maknanya supaya terus gagah pada malam harinnya
untuk edit dan jaga ragam anak.
Weekend
ni ada free lari kejap balik rumah Melaka. Dapatlah update apa
yang patut. Kepada para pengantin saya; Ieda dan Haida, saya sedang
dalam usaha menyiapkan album-album anda. Selepas siap aja nanti
saya akan terus hubungi anda.
Terima
Kasih.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 11 January 2010
::
Majlis Perkahwinan Wafa dan Farah (Sungai Buloh)
Kami
bertiga (Mozabas dan Azrai) selamat sampai di KL sekitar jam 2.00pm.
Mula-mula kami singgah di rumah Azrai untuk hantar barang dan
mandi. Cuaca agak membimbangkan. Hujan boleh turun bila-bila masa
saja.
Betul... setibanya kami di Sungai Buloh, kami disambut dengan
hujan yang sangat lebat. Tetapi Wafa bernasib baik kerana ketika
dia tiba hujan telah pun reda.
Semuanya berjalan lancar sehinggalah ke hari majlis mereka di
Dewan Meranti.
Walaubagaimanapun, sesi outdoor terpaksa ditunda kerana hujan
yang sangat lebat petang itu.
Untuk
pengetahuan, Wafa ni merupakan kawan lama saya semasa era "Kereta
Hitam Fuji" dulu lagi heheh. Kisah kelakar dan pengembaraan
dengan kereta hitam tu semuanya ada bersama Wafa. Dia tahu semua
ceritanya. Wafa juga pernah join rock band kami dulu (LipasPencen).
Tapi kini masing-masing dah berkeluarga dan ada komitment lain...
so senyap sepilah. Kalau nak tau dari sinilah saya dapatkan nama
LipasPencen tu. Sayang sangat nama tu sebab banyak carry cool
& crazy moment saya semasa remaja dulu.
So
you guy's yang dah lama tunggu blog ni tak update-update. This
is for you. Teruskan sokongan dan minta bersabar because slideshow
ni duration-nya 6min. Mungkin lambat sikit nak load tapi berbaloi...
insyallah.
Akhir kata, kami semua mendoakan semoga jodoh
Wafa & Farah berpanjangan ke anak cucu. Jumpa lagi majlis
di Melaka nanti.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 22 November 2009
::
Esok Perjalanan ke Sungai Buloh
Pada
hujung minggu ini saya, Mozabas dan Azrai akan berada di Sungai
Buloh untuk satu tugasan. Terima kasih kepada mereka kerana sanggup
membantu. Kebetulan mereka free... Besar pengorbananya ni.
Saya harap perjalanan dan tugasan kali ini sesuatu yang menyeronokkan
sama seperti tugasan kami yang lepas-lepas.
Sampai sekarang saya masih tak tahu mana nak shoot outdoor...hehehe
Harap-harap esok dapat ilham...
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 22 October 2009
::
Majlis Pertunangan Nurhamizah & Fairuz
Hari Raya tidak pernah menjadi
penghalang untuk sesuatu majlis perkahwinan atau pertunangan berlangsung.
Malah ianya dirasakan lebih meriah dan istimewa untuk diingati.
Mana tidaknya... lemang dan ketupat turut menjadi sajian utama.
Istimewanya...!
Pada majlis yang saya hadiri ini, majlis pertunangan disekalikan
dengan sambutan rumah terbuka. Jadi... tidak hairanlah bila peratusan
sanak saudara yang hadir adalah sangat tinggi. Gamat suasana tak
usah nak dikira... letupan mercun di luar sama kuatnya dengan
yang didalam rumah hehehe... Kerjasama dari pihak tuan rumah dan
seluruhnnya banyak membantu dan memudahkan lagi proses pengambaran.
Saya benar-benar enjoy sepanjang sesi fotografi berlangsung. Cuaca
juga sangat cantik... clear blue sky. Petang itu saya terus ajak
Miza keluar bergambar. Sedar-sedar dah menyarap-nyarap atas rumput
karpet depan rumah padahal majlis tersebut hanyalah majlis bertunang
(macam outdoor session pulak) heheh. Orang keliling dah mula ketawa
coz photographernya pulak yang posing lebih-lebih... Ketawa-ketawa
juga... lihat jam dah dekat pukul 5pm. Aisehmen... rumah terbuka
dak Din lupa nak pergi. Cepat-cepat kemas barang, makan sikit
ambil bahasa..then minta diri.
Enjoy the slideshow...
Thank you.
-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 10 October 2009