Home | About Me | Gallery | Package | Contact Me  
 
CHAT ROOM

ShoutMix chat widget
 
Photographer

MOZABAS
RAZAK LATIFF

AIZUDDIN@SHUJI
APIS@GAMBARLAWA.COM
JAS@WARNAMATA

EPILOGUE CREATION
RAFI

AZRAI@SELAMBAKODOK

 
Hit Counter
 

:: Shoot n' Shop Bazar Ramadhan (Taman Cempaka)

Pada hari Ahad lepas saya bersama Mozabas menjelajah ke Bazar Ramadhan Tmn. Cempaka. Ianya dikatakan bazar ramadhan terbesar dan paling meriah di Melaka. Tak kira H1N1 ke apa ke ianya tetap penuh dengan pengunjung. Lebih meriah lagi pada sebelah malamnya.

Memandangkan kami pun parking di kawasan Tesco, kami singgah sebentar di booth yang ada di perkarangan pasaraya tersebut. Kebanyakan produk keluaran tempatan boleh didapati di sini. Yang menariknya ada demonstrasi membuat Dodol.

Sebenarnya... cakap terus terang, saya memang tak tahu apa yang nak dishoot. Kalau kita surf di internet pun tak banyak membantu. Kebanyakannya gambar-gambar bloger sedang membeli belah sahaja. Jadi... pada hari itu ianya lebih kepada experimentation. Kalau sesiapa yang ada tips tu bolehlah share dalam shoutbox.

Pada hujung minggu ini insyallah di bazar ramadhan Alor Gajah atau Cheng pula.

Terima Kasih

-----------------------------------------------------------------------

post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 4 September 2009

 

:: Wan @ Matgi Satria @ Ridz Studio Masuk Hospital

Pada 25 Aug yang lepas kira-kira 10:09 am, secara mengejut Abg Karim telah menghantar sms berbunyinya begini...

"Sahabat kita telah dimasukkan ke hospital pantai semalam masih berada di wad icu masalah radang paru2 iaitu wan @ ridz studio masjid tanah"

Saya memang terkejut mendengar berita tersebut... Tak lama selepas itu Si Mozabas pula call untuk beri tahu and ajak melawat Wan pada sebelah malamnya... Lama betul dia menyepi. Last time kami jumpa dia masa TT di Pinang Besar.

Malam tu kami pergi bertiga. Saya, Mozabas dan Azrai. Sebelum itu banyak lagi perkara berlaku. Dengan siri kereta saya yang rosak lagi dan lagi dan lagi melarat ke tiga - empat episode... Tapi malas nak cita... kita tumpu pada cerita kawan kita ni aja. Masa kami bertiga pergi melawat Wan dia telah pun keluar dari wad ICU, Alhamdulillah... dia sekarang ditempatkan di wad biasa. Semasa kami masuk biliknya tu, sedih jugak melihat keadaan dia. Dia langsung tak boleh berbaring kerana menurut ibunya akan mengganggu kelancaran pernafasan dia. So Wan hanya boleh duduk untuk tidur rehat dan sebagainya. Dan memandangkan keadaanya yang sedemikian pihak hospital menyediakan sofa merah atas permintaan Wan sendiri. Katanya hanya sofa tersebut sahaja dapat mengurangkan sedikit masalah pernafasannya dan memberi sedikit keselesaan. Dengan kehadiran ibu Wan, Dr. Siti menemaninya jadi kami serba sedikit tahulah apa yang berlaku... Ditambah lagi dengan beberapa penjelasan perubatan dari Dr. Siti yang sekali-sekala saya dan si Mozabas tercengang-cengang tak paham heheheh.

Jadi kepada rakan-rakan dan bloger-bloger yang mahu melawat beliau bolehlah berbuat demikian kerana beliau dijangkakan akan ditahan selama 2 minggu lagi. Lokasinya Hospital Pantai, Melaka. Tingkat 4 bilik 827.
Atau bagi yang tidak sempat, mungkin kita boleh berdoa agar kawan kita ini boleh lekas sembuh seperti sedia kala.
Terima Kasih

-----------------------------------------------------------------------

post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 28 August 2009

 

:: Selamat Berpuasa!

Emmm... hari ni 1st day kita semua berpuasa. Tapi bagi saya ia tak begitu lancar sebab beberapa plan rosak.
1st sekali segan nak bagi tau yang semalam tak dapat pergi tarawih coz kereta rosak lagi. Buat kesekian kalinya fuel pump 'kong'. Sampai rmh pun dah pkl 9 lebih. Itu pun pomen si Apam yang hantar. 2nd nya pulak tak dapat nak sahur 1st time sebagai suami kat rumah mertua heheheh... Mungkin salah saya. Saya tak cukup persediaan untuk menghadapi ramadan kali ini. Itu sebabnya ada halangan dan saya terlepas semua peluang tersebut.
So... Harap hari ini kereta boleh siap dan tak rosak-rosak lagi then boleh terus pergi Muar berbuka dengan Lin.
Kepada semua saya nak ucapkan selamat berpuasa, selamat bertarawih dan selamat beribadat...

Terima Kasih

-----------------------------------------------------------------------

post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 22 August 2009



:: MAJLIS PERTUNANGAN ERIN

Zaman berubah, dunia berubah....
Saya masih ingat masa belajar sains dulu... Tentang hidupan di bumi berubah, berevolusi untuk kelangsungan hidup. Cuma dalam konteks ini evolusi bukanlah pilihan tetapi kemestian. Begitu juga yang saya lihat dengan majlis perkahwinan dan pertunangan sebagai contoh majlis orang Melayu. Sekarang jauh lebih tersusun, lebih ceria, lebih warna-warni, lebih gilang-gemilang berbanding dahulu. Tak payah lihat 20 ke 30 tahun lepas... cukup kita ambil 10 tahun lepas sebagai tanda aras perbezaannya. "Big Gap kan???" Dulu orang letakkan Majlis Kahwin sebagai majlis dan urusan keluargai bila persiapan majlis, andaman, gubahan hantaran dan lain-lain diuruskan oleh ahli keluarga dan jiran tetangga. Ingat lagi dulu kalau ada majlis kahwin mak akan kesana untuk tolong apa yang patut dan yang paling saya ingat mak akan tolong siapkan bekas telur. Saya rasa sesiapa yang lahir tahun 80an kebawah mesti ingat bekas telur yang bermodalkan kotak rokok dan stapler aja (hehehe mak ada simpan sampai hari ini)...
Tetapi berbeza pada hari ini bila Majlis Kahwin diangkat sebagai industri dan dah ramai pun orang kaya dalam industri ini.

Kalau majlis perkahwinan... yesss saya sedar dan tahu tentang perkembangan ini. Tapi jika majlis pertunangan...emmm saya tak pasti pulak. Mungkin terlalu banyak expose dengan job kahwin sehingga tak tahu perkembangan majlis pertunangan hehehe. Sehinggalah satu hari Azrai minta bantuan untuk tag along job pertamannya. Barulah saya tahu yang majlis pertunangan sekarang sangat maju. Ianya mirip majlis perkahwinan. Ia benar-benar mirip majlis perkahwinan cuma bezanya kompang dan DJ.

-----------------------------------------------------------------------

post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 19 August 2009



:: PAMERAN PENGANTIN (MELAKA MALL July 2009)

 



Baru-baru ni bertempat di Melaka Mall telah berlangsung "Pameran Pengantin" anjuran Mentari Kreatif. Saya hanya berkesempatan melawat geng2 photog yang menyertainya pada hari terakhir (Ahad). Kira-kira dua jam disana selain berjumpa dengan kawan2 saya juga cuba dapatkan sesuatu untuk blog ini. Rasanya dah lama tak update. Kebetulan ada pertunjukan fashion pada petang itu. Memang ramai photog hari tu... Nak join dia orang kat depan stage, bawak 50mm aja pulak. So saya pusing2-lah dengan Mozabas... Sampailah ke belakang stage saya ternampak pulak sorang model sedang duduk bersembang... Cahaya memang cantik masa tu. Snap sekali... dapatlah gambar di atas tu... Pada mulanya nak candid aja... bila model tu dah perasan terus mintak kebenaran ambik gambar. Tq pada Watie & fashion designernya. Juga kepada model2 lain yang saya snap gambarnya tapi tak sempat bertanyakan nama...
So saya uploadkan gambar2 kamu semua... harap kamu semua suka dan minta sampaikan kepada kawan2 yang gambarnya ada di sini tapi tidak mengetahuinya.
Terima Kasih.

Selain di belakang stage... saya dapati dalam salah satu kedai kosong berhampiran stage itu juga mempunyai cahaya yang cantik. Kebetulan ada model2 berehat di situ... so saya jadikan mereka subjeklah hehehe... susah nak lepaskan cahaya yang cantik macam tu aja!

 

-----------------------------------------------------------------------

post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 28 July 2009

 

:: Mozabas Menang


Salam...
Kali ini kita saksikan detik-detik kemenangan Mozabas. Saya yakin ramai yang tak tahu tentang perkara ini. Kalau kita ingatkan balik dalam bulan June yang lepas negeri Melaka ada menyambut Pesta Sungai Melaka 2009. Mozabas telah memenangi tempat kedua dalam Pertandingan Fotografi pesta tersebut. So lepas abis sesi outdoor Cik Sudu saya terus balik dan bersiap untuk escord malam tu...
Saya hadir bersama Azrai dalam upacara penyampaian hadiah....
So.... kepada Mozabas tahniah dan selamat memburu kejuaraan berganda hehehe. Dan macam biasa... 'sang' pemenang kena belanja makan kawan2lah malam tu heheheh... Tradisi berterusan....!

PS: Harap2 ramai lagi kawan2 yang akan menang Apis ke, Ruzaimi ke, Mael ke, Karim ke, Sydeen ke... dapat makan free :)





 

-----------------------------------------------------------------------

post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 18 Julai 2009

 

:: Majlis Perkahwinan Cik Sudu dan JariPutus

 



Salam,

Banyak dugaannya tahun ini... dan saya betul2 tak sangka baru beberapa bulan beroperasi website tahap kampung yang macam ni pun kena hack jugak, siap ditinggalkan najis (Virus) cisss harammm...... Terkejut jugak bila dapat tahu dari kawan-kawan dan terima kasih jugak pada Cik Sudu yang perihatin dengan perkara yang berlaku... Harap Cik Sudu dan Mr. Jari Putus dapat bersabar menunggu album anda...dan sementara menunggu saya sediakan SlideShow untuk anda berdua...

Kepada mereka yang masih mengikuti blog ini... terima kasih dan saya ready untuk beraksi bila-bila masa insyallah... Untuk pertanyaan sila hubungi saya, mungkin kita boleh berjumpa dan berbincang tentang majlis dan pekej-pekej kerana minta maaf, sebut harga dan pekej tidak akan diemailkan lagi mulai sekarang...

Terima Kasih...


-----------------------------------------------------------------------
post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 13 July 2009

 

:: RALAT

Kepada anda diluar sana, saya memohon maaf atas gangguan teknikal website ini kerana telah digodam oleh pihak luar yang tidak bertanggungjawab. Website ini akan mula berfungsi seperti sediakala tidak lama lagi. Harapnya anda semua setia menunggu.

 

-----------------------------------------------------------------------

post by administrator
www.lipaspencen.com
photographer
016-2550596 / lipaspencen@yahoo.com
date : 28 Jun 2009

 

Go to page: 1 / Index

 
 

Segala maklumat dan gambar yang terdapat di dalam blog ini adalah hak milik sepenuhnya oleh LIPASDIGIPHOTO
webmaster www.lipaspencen.com